Monday, 14 March 2011

Danau Toba

Danau Toba adalah Tasik terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjanganya serta 30km lebarnya. Terletak dibagian tengah utara Sumatera, dengan atas permukaan setinggi lebing kurang 900 meter (3.000 kaki), tasik ini terbentang dari 2.88° U 98.52°T ke 2.35°U 99.1°T.

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi atau sifat fizikal yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan bagian dari lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.


Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasiran atau glasier ialah sungai ais yang bergerak perlahan dan berdsaiz besar. Tasik-tasik lain pula dijumpai dilembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari zman azis yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.

Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.