Tuesday, 12 April 2011

Gunung Kerinci

      Gunung Kerinci (juga dieja "Kerintji", dan dikenal sebagai Gunung Gadang, Berapi Kurinci, Kerinchi, Korinci, atau Puncak Indrapura) adalah gunung  tertinggi di Sumatera, berlokasi di Jambi  berketinggian 3.805 meter di atas permukaan laut. Puncak tertinggi di Indonesia di luar Papua. Gunung Kerinci terletak di Pegunungan Bukit Barisan, dekat pantai barat, dan terletak sekitar 130 km sebelah selatan Padang. Gunung ini dikelilingi hutan lebat Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat harimau sumatra dan badak sumatra.  Kerinci masih aktif dan terakhir kali meletus pada tahun 2009.
     Suhu udara rata-rata bervariasi yaitu 28°C di dataran rendah, 20°C di lembah kerinci dan 9°C di puncak Gunung Kerinci. Pada ketinggian 3805 m dpl, menawarkan pemandangan keempat penjuru mata angin yang sangat mengagumkan, karena gunung kerinci di kelilingi oleh ribuan hektar kebuh teh yang siap dipanen.
  

Monday, 14 March 2011

Danau Toba

Danau Toba adalah Tasik terbesar di Indonesia, dengan 100 kilometer panjanganya serta 30km lebarnya. Terletak dibagian tengah utara Sumatera, dengan atas permukaan setinggi lebing kurang 900 meter (3.000 kaki), tasik ini terbentang dari 2.88° U 98.52°T ke 2.35°U 99.1°T.

Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi atau sifat fizikal yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan bagian dari lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan (satu lagi ciri-ciri rupa bumi) dan disalurkan oleh sungai.


Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di kawasan pergunungan, zon rengkahan, dan kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasiran atau glasier ialah sungai ais yang bergerak perlahan dan berdsaiz besar. Tasik-tasik lain pula dijumpai dilembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai matang. Di sesetengah tempat di dunia terdapat banyak sekali tasik kesan corak-corak penyaliran camuk yang ditinggalkan dari zman azis yang lalu. Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.

Kebanyakan penduduk di sekeliling Danau Toba adalah orang Batak. Rumah-rumah Batak tradisional dikenali oleh bumbung-bumbung tersendiri (yang melengkung ke atas pada setiap hujungnya, seolah-olah badan kapal) serta hiasan-hiasan yang berwarna-warni.